Institut Latihan Perindustrian Ipoh
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

cerita pedoman version 3

Go down

cerita pedoman version 3 Empty cerita pedoman version 3

Post  ayen RAC Mon Dec 22, 2008 12:06 pm

> 'Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua
ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
kenduri doa selamat sebelum
berangkat nanti.'Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
>
> 'Apa??' Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.
>
> 'Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali
kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini
pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
> Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini
Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat
nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak
sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,'
> tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.
>
> 'Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,' luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.
>
> 'Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
gembira abah sudi terima pemberian Intan.'
>
> 'Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan...'ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
>
> 'Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,' MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
>
> 'Mak ni... ,' gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
>
> Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran
bercampur hiba.
>
> 'Semua dah siap ke mak?' tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
>
> 'Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?'
>
> 'Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
> penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.'
>
> 'Hah, awak dengar tu.... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, ' tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak
itu.
>
> 'Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,'
> pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
> ............ ......... ......... .......
> Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.
>
> 'Kenapa resah aje ni, bang?' Mak Pah terjaga.
>
> 'Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.'
>
> 'Sabarlah, dah nak sampai dah ni,' pujuk Mak Pah.
>
> Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
>
> 'Mak... abah... ,' Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya

tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
>
> 'Mana yang lain ni, kamu berdua aje?' Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan.
>
> 'Mereka menanti di rumah, abah,' beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. 'Intan pun tak datang juga ke?' Tanya PakUwei
terasa hampa.
>
> 'Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.' Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
> suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut
berasa bagai ada yang tak kena.
>
> 'Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.'
> cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman
yang sedang memandu.
>
> 'Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,' balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
>
> 'Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?'

>
> 'Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,'
ajak Azman menukar tajuk perbualan.
>
> 'Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,' tolak Pak Uwei.
>
> Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
>
> 'Mak dengan abah sihat ke?' tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya.
>
> 'Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?' Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
>
> 'Naik dulu Ngahnya...,' suruh Long Semah.
>
> 'Intan mana?' Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
> Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
>
> 'Az... mana Intan? Mana adik kau Az?' tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
>
> 'Sabar abah... ,' Muaz menggosok belakang abahnya.
>
> ' Kenapa Az ... kenapa?' Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan

dan melangkah laju ke bilik Intan.
>
> 'Mak... Intan dah tak ada mak,' Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
> Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
>
> 'Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan
tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,'
pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
>
> 'Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia,' Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
>
> 'Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?' tanya Mak Pah
tersedu sedan.
>
> 'Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum
mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu

lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
> Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat
mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,'
cerita Muaz.
>
> Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,'Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..'

> Tamat....
>

Menitik air mata saya


> Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. ....


Ø Allah telah menetapkan setiap yg di jadikan olehNYA pasti ada perkara yg TERSIRAT…

Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA… kerana ia adalah jalan yg sukar ditemui w/pun kita

Seorang yg CELIK matanya…
ayen RAC
ayen RAC

Posts : 22
Join date : 23/10/2008
Age : 46
Location : Penang,malaysia

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum